*dalam nada suara yang penuh perasaan*
(jangan ketawa laaaa)
kawan-kawanku sekalian, aku ingin meluahkan sedikit perasaanku bagi ketika ini selepas mengunjungi blog seseorang kawanku yang tidak pernah gagal membuatkan aku ketawa dan meningkatkan mood aku bila aku sedih.
Sedarkah anda bahawa warga Malaysia kian lama kian suka meniru apa yang dipopularkan oleh pihak barat? kadang kala, kita terlalu hangat memberi tumpuan kepada apa saja yang didedahkan kepada kami oleh pihak barat hingga terlupa akan budaya kami yang istimewa. Wajarkah kami berperangai sedemikian? *mengeluh*
Aku rasa amat malu sekali apabila aku tidak dapat ingat perkataan-perkataan Bahasa Melayu sebab aku telah membazirkan masa selama 11 tahun membelajari Bahasa ini. *mengeluh*
Aku harap bahawa entri aku ini boleh menjadi peringatan kepada kawan-kawanku bahawa kami sebagai rakyat Malaysia sepatutnya ingat akan fakta tersebut.
Dapatkah kamu rasa keikhlasan aku? Jikalau tidak, tak apa...sebab aku bukan juga budak Malaysia yang patriotik sangat. Aku hanya ingin...shit how to say join?...."Join" kawan saya untuk menaip blog dalam Bahasa Melayu bagi tujuan....melepaskan tekanan sedikit :D
inginkan saya menggalakkan kawan-kawan sekalian untuk menaip blog dalam Bahasa Melayu dari semasa ke semasa tanpa merasa malu akan Bahasa kami yang begitu indah *batuk* (ohh maafkan aku....kerongkongku tidak begitu sihat sangat...)*batuk* sekali.
Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment